HUKUM SOLAT HADIAH KEPADA MAYAT

Sembahyang hadiah kepada Mayat

Tarikh Keputusan:  1 Jan, 1970

Huraian Tajuk/Isu:

Masalah sembahyang hadiah kepada mayat dan amalan-amalan yang dilakukan dengan tujuan kebaikan.

Keputusan:

Jawatankuasa berpendapat tidak ada satu sembahyang yang dinamakan sembahyang hadiah kepada mayat, apa yang difahamkan daripada hadith ialah sembahyang sunat mutlak sepertimana yang terdapat didalam Kitab Nihayatuz-Zain (m/s 107)
Maksudnya: Setengah daripada sunat, sembahyang 2 rakaat bagi mayat sesudah di tanam.

Berdasarkan riwayat, Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
maksudnya: Pada malam pertama mayat dikebumikan, keadaan mayat itu berada didalam keluh kesah. oleh kerana itu, kasihanilah kamu untuk mengurangkan keluh kesah mayat itu dengan bersedekah. Jika tidak mampu bersedekah sembahyanglah 2 rakaat, baclah padanya pada tiap-tiap rakaat satu kali fatihah, satu ayat kursi, satu kali al-Takathur dan 10 kali surah al-Ikhlas dan hendaklah berdoa sesudah memberi salam.

Ruj: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/sembahyang-hadiah-kepada-mayat-0

HUKUMAN UNTUK GURU

 Seorang wanita muda sedang menghadiri perbicaraan di Mahkamah kerana melanggar lampu merah. Dia menjelaskan kepada hakim bahawa dia seorang guru dan minta supaya perkaranya diselesaikan dengan cepat agar dia boleh segera kembali ke kelasnya. “Baik, baik,” kata Hakim. “Jadi Anda seorang guru? Sudah bertahun-tahun saya menunggu kedatangan seorang guru dalam perbicaraan saya ini. Sebagai hukumannya. Sekarang Anda duduk di meja itu dan tulislah ‘Saya tidak akan melanggar lampu merah lagi’ sebanyak 500 kali.”

Sumber: http://koleksiceritalucu.blogspot.com/

POLIGAMI

Ustazah : “Saya tidak pernah menolak hukum poligami.”

Jemaah : “Wah, hebat ustazah!”

Ustazah : “Saya tidak pernah melarang para suami nikah lagi.”

Jemaah : “Wah, benar-benar kelas ustazah.”

Ustazah : “Yang penting……..”

Jemaah : “Yang penting…adil ye ustazah?”

Ustazah : “Bukan…yang penting, bukan suami saya

Jemaah : @%!^*

Sumbangan: Syazwan (http://gelihati.blogspot.com/)

BICARA WAHASBI

Mencari Keredhaan Ilahi